Kenali saya
Semasa aku tinggalkan kampung halaman untuk further study pada tahun 2002,
aku dah bertekad dalam hati untuk fokus betul2 kat study & tak nak fikir benda2 lain..
alhamdullillah hasilnya aku dapat keputusan yg agak ok hingga study loan $32ribu pun dh convert jd scholarship..
Sama gak cam skrg, dlm mengejar cita2 byk hati2 yg telah aku lukakan sama ada secara langsung atau tak.. huhu
Semasa aku study, memang aku buat2 tak berperasaan.. kalau aku tahu seseorg sukakan aku, aku mula la buat ‘muka’ yg tak de perasaan.. konon2 tak layan perempuan la.. hehe.. sampai terbawa2 sampai skrg.. klu tak kenal2 aku btul2, memang akan salah faham klu aku buat ‘muka’ cam tu.. huhu.. tapi tu la yg melindungi aku selama ni dr ‘mereka2′.. katakanlah aku ni jenis yg melayan, rasanya ramai yg makan hati dgn aku nanti sebab aku memang anggap mereka tak lebih dari seorg kawan.. wei! aku ni bukan jenis yg mudah suka & layan kat pompuan lebih2 kalau setakat cantik, seksi & kaya.. aku dah lalui tu semua.. kalau iman aku x kuat, dah lama.. tapi sebab aku x nak melukakan hati sapa2, aku memilih jadi ‘heartless’ kerana itulah yg terbaik untuk melindungi diri aku & ‘mereka’.. :p
Aku percaya jodoh yg baik tu pasti ada untuk aku kalau aku terus memperbaiki diri & menyediakan diri untuk jadi lelaki yg bertanggungjawab & terbaik untuk ‘dia’… kan janji Allah itu benar.. wanita yg baik utk yg lelaki baik kan
Tapi tu la org biasa kurang sedar bahawa utk jadi lelaki & perempuan yg terbaik utk pasangan kita, kita perlu terlebih dahulu berusaha untuk jadi org yg lebih baik.. bukan tunggu bakal pasangan untuk mengubah kita, tak ikhlas namanya tu! cuba bagi contoh mereka2 yg betul2 berubah lepas berkahwin? kalau ada pun tak kekal lama kerana berubah kerana manusia.. bila suami @ isteri buat perangai, habis hilang janji nak berubah tu semua.. hehehe.. so yg terbaik berubah la kerana Allah SWT.. insyaAllah dengan berkatNya diri kita akan sedikit sebanyak dapat nur hidayahnya utk terus kekal konsisten jd manusia yg lebih baik
hmm.. kalau dilihat status aku hari ni, tak susah aku nak cari girlfriend dikalangan kwn pompuan aku sampai ada yg sanggup tinggalkan bf dieorg demi aku! pehh, camtu pun ada eh? tapi nak cari seorg isteri, tu yg susah sgt.. mama angkat aku pernah bagitau yg dia kesian dengan aku sebab aku susah berusaha selama ni & byk tolong org dgn ikhlas tapi aku masih belum ada seseorg yg jd penenang hati aku.. sampai dia nak tolong carikan jodoh untuk aku tapi aku memang tak nak buat masa ni sebab aku percaya jodoh aku tu ada, cuma masanya belum tiba lagi…
Sebut pasal penenang hati, aku memang perlukan seseorg yg memahami aku.. sebab kerja aku sekarang tak semudah yg disangkakan.. sebab aku ni bercita2 tinggi.. so byk benda yg perlu aku buat satu persatu & mengambilkira kepentingan semua org disekitar aku.. macam aku pernah katakan pada org2 tertentu, aku ni milik semua org disekitar aku.. so aku tak boleh pentingkan diri sebab itu bukan aku! tu pasal aku byk ‘org2 kuat’ disekitar aku.. hehehe.. tapi kalau dah kahwin nanti, aku tahu la nak ‘adjust’ priorities tu nanti
Bagi mereka yg betul2 kenal aku, aku ni memang sentiasa tenang je sepanjang masa.. aku ni bukan jenis yg marah2 atau angin2 tak tentu pasal.. so aku perlukan penenang hati yg memiliki hati yg tenang gak.. taknak la serabut atau kalut2 ni semua.. aku tak suka! yg paling penting, kalau bakal pasangan aku tak sembahyang, memang kire failed! tak nak aku buat bini walaupun dia perfect camna pun sebab sembahyang tu tiang agama.. aku tak nak dia sembahyang kerana aku suruh tapi sembahyang la kerana Allah SWT.. melalui sembahyang yg betul insyaAllah hati dia akan sentiasa tenang & akan jaga peribadi & maruah dia baik2.. hmmm.. sayang sangat2 org camtu! hehehe
Jadi dapat kenali aku dengan lebih dalam kan lepas baca posting kali ni ![]()
Popularity: 76% [?]
2 Responses to “Kenali saya”
Leave a Reply
YoU TOOk mY hEArt AwAy~MLTR










Cukup2 kenal dh ;p
mmm..tak taulah mcmana leh google kuar pasal jodoh and pasal kenali saya ni..but above all this ..MLTR songs yg paling memanggil i to read all this..