Gerak hati
Setiap org ada gerak hati tetapi hanya segelintir je dapat memiliki gerak hati yg benar..
Apabila kita mempunyai gerak hati yg baik, semua urusan kita akan dipermudahkanNya..
Kalau ada dugaan/cabaran pun, insyaAllah semua akan berjalan lancar juga nanti klu kita tak putus asa berusaha..
Macam aku mula2 start buat business semasa study, hampir semua kwn2 aku tak sokong sebab ingat result aku akan jatuh & hilang fokus pada study tapi aku sgt percaya dgn gerak hati supaya teruskan je.. bila aku dapat maintain result & dapat hasil dari business tu, barulah dieorg tahu siapa Farush ni! hehehe..
Apapun hari ni gerak hati ni menyuruh untuk menaip tentang gerak hati terhadap jodoh.. best* best*
Aku pasti semua orang pernah mengalami situasi yg kita rasa berbelah bahagi dalam membuat atau memutuskan sesuatu perkara especially dlm pemilihan bakal pasangan hidup. Keliru, tidak tahu mana yang perlu dipilih
Dalam keadaan begini, Rasulullah menunjukkan kepada kita satu jln iaitu dgn berdasarkan rasa hati. Jika kita rasa tenang, maka perkara itu adalah kebaikan dan kalau sebaliknya, maka perkara itu adalah dosa.
Tapi adakah semudah itu? Macam mana kita nak tahu gerak hati atau bisikan hati ketika itu adalah bisikan yang benar, bukan bisikan-bisikan syaitan? Jawapannya, berbalik kepada tahap iman kita. Orang yang benar-benar beriman dan bertakwa kepada Allah, insyaAllah akan memiliki hati yang bersih dan jurang antara perkara kebaikan dan dosa dapat dinilai dengan mudah. Semoga kita semua mendapat gerak hati benar apabila yg hak kita amalkan
Selepas gerak hati, apa yg perlu dilakukan kalau kita tak pasti siapa jodoh kita?
Jawapannya lg: Solat Istikharah
Kerana itulah pentingnya solat istikharah sebelum membuat keputusan untuk mengambil langkah-langkah seterusnya dalam menuju ke alam perkahwinan yang diredhaiNya..
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Di antara kebahagiaan anak Adam ialah Solat Istikharah (minta pilih) daripada Allah Taala dalam segala urusannya; dan di antara kecelakaan anak Adam ialah meninggalkan solat Istikharah daripada Allah pada segala urusannya”
“Tetapi, saya memang rasa dialah orangnya” kata seorang hamba Allah.
“Dah solat istikharah?” tanyaku pula.
“Sudah, tetapi hati yang kotor ini bolehkah dipercayai bahawa memang dia pilihan kita?” tanyanya.
“Kenapa rasa hati dah kotor?” aku bertanya soalan provokasi.
“Diri kita lebih tahu apa yang kita fikirkan, apa yang ada dalam hati. Allah lebih tahu” katanya pula.
Jadi, bagaimanakah kita benar-benar hendak yakin dengan petunjuk Allah s.w.t daripada solat Istikharah itu jika hati kita tidak suci. Bagaimanakah hati yang tidak suci akan menerima petunjuk yang benar? Bolehkah hati yang tidak bersih menerima cahayaNya yang benar? Sedangkan hati yang tidak bersih itu dekat dengan bisikan syaitan.
Oleh itu, benarlah seperti kataNya dalam surah An-Nur ayat 26 bahawa yang baik untuk yang baik, yang keji untuk yang keji pula.
Mulakanlah dgn bersihkanlah hati, perbaikilah diri sebelum mahu melangkah ke alam rumah tangga. Disebabkan itu, aku pun tak bersedia nak kahwin lg kerana sedar byk lg kekurangan dlm diri & byk lg kena perbaiki ni
Pastu perbaiki akhlak dan amalan serta hubungan dengan Allah s.w.t dan sesama manusia pada jalanNya merupakan langkah pertama menjalin hubungan cinta keranaNya.
Kemudian, solat Istikharah untuk meminta bantuanNya supaya ditunjukkan siapakah bakal suami atau isteri yg menjadi pilihanNya, yg telah tertulis di Luh Mahfuz. Solat Hajat supaya dikekalkan dlm nikmat Iman dan Islam serta dpt membezakan yg hak dan yg batil, dan pd masa yg sama memohon dipermudahkan segala urusan di dunia dan di akhirat. Amin….
So bagaimana pula dgn gerak hati aku terhadap bakal jodoh aku? bila aku cuba mengenali seseorg, selalunya aku akan memilih jalan sukar berbanding org lain yg berfikiran biasa.. apabila aku suka dengan seseorang, memang aku takkan beri layanan istimewa seperti lelaki lain yg memikat perempuan dengan kata2 cinta la, ayat2 romantik la, beri hadiah mahal2 la tapi lepas kahwin hilang semua kasih-sayang sampai suami pelenkung isteri ataupun isteri kurang ajar dengan suami lepas tahu tembelang masing2.. tu pasal komunikasi dua hala, saling memahami, kejujuran & keikhlasan penting dlm satu2 perhubungan.. apapun hanya isteri aku sahaja berhak terima layanan special aku supaya dia tahu yg sebelum kahwin, aku tak pernah pun beri layanan macam tu kat mana2 perempuan.. bukankah isteri aku akan bahagia hatinya apabila tahu kisah sebenar mengapa aku bersikap sedemikian.. so bg yg tak faham kenapa aku bersikap lain dr yg lain ataupun kenapa aku lebih melihat yg tersirat berbanding yg tersurat.. tgk la cite filem ‘musang berjanggut’… hehehe.. jd mana2 pompuan yg nak aku layan dieorg lebih2 sedangkan x de ikatan apa2, consider failed ya!
Teringat pula pd lagu ‘Pandangan Mata’ oleh Kumpulan Hijjaz:
Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang hakiki
Kalau hati itu bersih
Hati kalau terlalu bersih
Pandangannya kan menembusi hijjab
Hati jika sudah bersih
Firasatnya tepat kehendak Allah
Tapi hati bila dikotori
Bisikannya bukan lagi kebenaran
Hati tempat jatuhnya pandangan Allah
Jasad lahir tumpuan manusia
Utamakanlah pandangan Allah
Daripada pandangan manusia
Popularity: 73% [?]
4 Responses to “Gerak hati”
Leave a Reply
YoU TOOk mY hEArt AwAy~MLTR










No wonder tak romantik langsung! tahap pemikiran abg ed susah nak catch-up ler…takes time to adapt ni..hihi
Still ingat you kenakan I pasal ‘dia’..
pahit walaupun benar.. tapi geram sangat ngan you..
rasa nak gigit you lunyai2 :p
gud instincts usually tell u what to do long before ur head has figured it out d
Marissa & NiNa..x kenal maka x cinta.. wakakaka
yeah its true rianna