Eddy tiada girlfriend
Sebelum aku start apa2, aku nak ucapkan Happy New Year 2010 kepada semua yg mengikuti blog aku ni.. Semoga kita semua lebih baik dari tahun2 sebelumnya.. insyaAllah klu berusaha memperbaiki diri la..
Minta maaf ya kawan2 sebab tak sempat updates blog hampir 3 minggu sebab aku busy setup branch baru kat Bahau, N9.. apapun ada beberapa kisah menarik disana yg aku nak kongsikan especially berkaitan tajuk posting kali ni.. hehehe ![]()
Bagi mereka yg rapat dengan aku, memang dieorg tahu yg aku ni memang tiada girlfriend yg steady lagi.. maksud steady tu perhubungan secara serius hingga nak letak komitmen la.. aku lebih senang berkawan & tak nak terikat dengan sapa2 selagi aku tak betul2 stabil lg & bertemu dgn penenang hati aku ni.. tapi tak bermakna aku senang2 berkawan dengan semua perempuan kat sekitar aku.. kalau berkaitan kerja, memang aku professional takkan campur-aduk dgn personal.. so kalau ada perempuan yg nak berkawan dengan aku semasa dalam masa aku kerja, memang aku tak layan.. dua kisah ni berlaku dalam masa seminggu yg lepas..
Kisah satu:
Ada seorg budak pompuan ni, umur baru 21 tahun tapi nampak matang & lawa gak la.. hehe.. dia kerja kat butik berdekatan kat kedai aku tu.. sebab kedai aku tu baru opening 1st Jan 2010 & satunya2 kedai yg unik (produk & hiasan kedai) kat situ, memang ia jadi perhatian org2 & pengunjung kat Kiara Square tu.. time tu aku ada bawa mama angkat aku ikut sekali, kesian kat dia duduk kat rumah seorg2 tapi tak sangka la pula budak perempuan ni sibuk tanya2 aku kat mama angkat aku ni.. sebab mama angkat ni peramah, dia pun cerita la yg aku ni bujang lagi & taknak fikir pasal kahwin buat masa ni.. masa tu aku tak tau hujung pangkal lagi sebab aku sibuk dgn renovation & brg2 kedai.. so bila kedai dah buka, budak pompuan ni dtg la kedai tanya aku pasal paperbag & namecard.. dia siap bagi namecard dia pastu minta namecard aku tapi aku bagi namecard abg ipar yg keje dgn aku tu supaya mereka saling berhubung sebab aku bukan selalu ada kat bahau tapi dia dah nak sangat namecard aku, aku bagi je la sebab aku fikir mungkin dia senang nak berurusan dgn aku tapi tak sangka pula malam tu 1pagi dia send sms bagi salam kat aku ‘assalamualaikum’ sebab aku ni baik sangka, subuhnya aku reply simple je ‘wkumslm’.. tapi bila dia reply ‘boleh berknln?’.. aku senyap je.. malam tu dia call aku, aku tak angkat phone pun.. sampai hari ni aku senyap je tapi aku semua org kat kedai termasuk abang ipar, mama angkat & staf aku perasan budak pompuan tu selalu lalu-lalang kat depan kedai aku tu.. klu terserempak dgn dia dlm shopping complex tu, aku buat cam takde apa2 berlaku.. kejam ek aku?
Kisah dua:
Ahad lepas aku ada interview satu budak perempuan ni.. budak perempuan ni dah kahwin tau.. sebelum tu dia ada datang tanya kerja, aku cakap kiteorg akan shortlisted kan calon2 pastu nanti kita akan panggil final interview klu kiteorg berkenan.. so masa nak final selection, aku suruh abg ipar aku handle.. so dia call budak pompuan ni suruh datang kedai tapi budak pompuan ni takde transport.. sebenarnya bukan takde tapi laki budak ni malas nak hantar bini dia gi inteview.. baru kahwin 3 bulan tapi takde tanggungjawab langsung! sebab budak pompuan ni beria2 nak keje aku suruh abg ipar jemput dia.. masa tu budak pompuan ni bawa adik ipar pompuan yg umur lebih kurang 19tahun kot.. masa balik aku hantar budak pompuan ni & adik ipar dia balik rumah dia balik.. pastu petang tu aku dapat sms dari adik ipar budak ni ‘Askom.blh brkwn tk.sy adik ipar akak nana tdi..kwn2 jer?’ … ya Allah, adakah semua ni dugaanMu? macam biasa, aku pun tak reply sms dia pastu dia pun call aku mlm tu, aku tak angkat pun.. pastu hati nakal aku berkata ‘kecik2 ada hati nak berkawan dengan aku’.. wakakaka……….
Sebenarnya ada byk kisah yg lain tapi aku tak nak cerita lagi la.. kiranya selagi aku tiada steady girlfriend, aku kena terima hakikat yg aku ni bakal ‘diganggu’ secara tak langsung atau tak langsung.. sebenarnya tak salah pun aku nak berkwn dgn dieorg tapi aku ni kan professional.. bakal soulmate aku kena faham yg aku akan berjumpa dgn macam2 org dlm tempoh bekerja so klu jenis yg cemburu, memang jadi gaduh nanti klu tak memahami isi hati aku baik2.. lagi satu, aku ni bukan jenis yg mengurat pompuan tak tentu arah malah minta no telefon pompuan pun jauh sekali.. klu pompuan minta no tel aku pun, aku tgk orang klu nk bg.. nanti dia kacau aku hari2 macam aku study dulu, memang bengang gile tahap gaban.. hehe :
Rupanya jadi single ni tak mudah.. klu dah kaya raya nanti entah apa lagi yg bakal berlaku.. nak selamat, aku buat2 heartless je la.. huhu ![]()
Popularity: 74% [?]
3 Responses to “Eddy tiada girlfriend”
Leave a Reply
YoU TOOk mY hEArt AwAy~MLTR










cuba untuk memahami lelaki spesies ini *_*
susah nak kaji ni…. lalala~
actually seseorang tu akan sentiasa ‘diganggu’ no matter what ur status is…selagi org tu “hot”…either being single,engaged or married…akan ada je gangguan2 samada kecil atau besar, yg penting - tepuk dada tanya iman
nak buat2 heartless ni mmg bole…cuma ati2 sket takut yg mkn hati tu akan guna cara lain lak…huhuhuu…u know what i mean, careful ed.
by d way…Happy New Year…tambah lagi angka kat umur kite ek…semoga bertambahla juga kematangan n keimanan kite…congrats on ur new branch opening
Marissa..spesies abg zaman dinosour je wujud.. wakakaka
bab heartless tu rasanya dh terbiasa dr dulu.. tp sy cuba yg terbaik sampai jgn sampai yg terasa@salah faham.. klu yg x kenal2 sy btul2 sangka itu la sy yg x berperasaan tp sebenarnya tu yg melindungi sy selama ni dr ‘mereka2′.. so dh nampak cam real je.. hehehe..
Cik Puan Noriz, btul 3x… hot ke? malu la dh tua ni.. dulu2 time study blh la.. agak popular gak la.. perasan gile.. haha