cinta sejati kerana Allah
Terdapat seorang rakan aku, Adam (bukan nama sebenar)… dia menuntut di sebuah pusat pengajian tinggi di luar negara. Dia seorang yang amat ikhlas orangnya. Dari pandanganku dia seorang yg optimis dan tidak pernah menganggap masalah itu sebuah masalah. Baginya setiap hari dia cuba lakukan yg terbaik…
Sehinggalah pada suatu, dia berkenalan dengan seorang wanita yang sama pengajian dengannya. Wanita ini penduduk negara tersebut. Dia bersahabat karib dengan wanita tersebut. Dalam diam dia telah mula mencintai wanita tersebut…
Namun begitu, dia amat takut untuk memberitahu wanita itu kerana dia tahu tiada kerasionalan dalam hubungan mereka. Mereka datang drpd 2 dunia yang berbeza…. Berlainan bangsa,tidak sama agama dan jauh sekali negara asalnya.
Demi perjuangannya terhadap Islam, dia masih teringat lagi cita-cita dia ingin menegakkan Islam walau di mana pun dia berada….
Dia hanya menjadikan wanita itu sebagai kekasih gelapnya (mencintai dalam diam). Dia belajar sesuatu bahawa cinta mestilah ikhlas kerana Allah. Itulah yang paling sukar dan merupakan sebuah cabaran hebat yg harus dihadapainya.
Suatu hari, dia mendapat tahu bahawa wanita itu mengalami sakit buah pinggang. Satu drpd buah pinggang wanita itu telah lama rosak manakala yang lagi satu telah mula berfungsi secara tidak normal.
Dia amat sayang kepada wanita itu dan tidak sanggup kehilangan wanita itu. Kerana cinta yang amat dalam dia telah mendermakan buah pinggangnya kepada wanita itu. Kerana dia sedar bahawa dia juga menghidap penyakit yg tiada ubatnya iaitu leukimia.
Setelah selesai pembedahan dia berhasrat untuk merahsiakan tentang penderma buah pinggang . Tiada seorang pun yg mengetahuinya walaupun keluarganya dan wanita itu.
Pada suatu hari, penyakit Adam semakin teruk dan berubah daripada fasa 2 kepada fasa 4…Dia hanya ada sebulan untuk hidup.Namun dia masih takut untuk memberitahu perasaannya dan penyakitnya kepada wanita disayanginya itu.
Akhirnya ajal pun datang menjemputnya. Namun dia masih sempat berpesan kepada sahabat karibnya agar memberikan sepucuk surat terakhir untuk disampaikan kepada wanita yg dicintainya.
Apabila wanita itu membaca surat tersebut dia pun terus menangis dan menyedari betapa dalamnya cinta seorang lelaki kepadanya sehingga sanggup menderma kehidupannya kepada wanita itu. Namun segalanya telah terlambat kerana Adam telah tiada. Di dalam surat itu tertulis kalimah;
“Nothing in this universe except Allah, and Muhammad is the messenger of Allah….Believe in this thing and you will meet me in paradise my love,I am waiting for you there”…
Wanita itu berasa sungguh terharu dan mula mencari kebenaran di muka bumi ini. Akhirnya wanita itu pun menyedari akan kewujudan Allah dan kebenaran Syariat Islam. Akhirnya dia pun memeluk Islam dan sentiasa berharap agar dia akan menemui kekasih yg dicintainya di
syurga kelak….
Alangkah indahnya cinta seorang lelaki yang ikhlas kerana Allah….lelaki itu berjaya memberikan cahaya Illahi kepada wanita yang dicintainya walaupun saat dia telah tiada…
Sahabatku sekalian ingatlah, cinta yang ikhlas bukanlah kerana hendak memiliki tetapi adalah berharap agar wanita yang dicintai akan mendapat hidayah Allah dan sentiasa dilindungi oleh Allah..
Wanita pula, janganlah persiakan cinta lelaki kerana cinta yg ikhlas bukanlah kerana anda cantik atau sebagainya tetapi adalah kerana dia inginkan anda bahagia di dunia dan di akhirat walaupun dia terpaksa mendermakan kehidupannya…..
Komen aku:
Kisah ni aku ambik dari member myspace.. Wallahu’alam…, bila baca aku rasa terharu kerana tak ramai yg mencintai seseorg selaras dengan cinta kepada Allah… cinta sesama manusia mungkin pudar kerana lahiriah & batiniah manusia itu terhad tetapi cinta kepada Allah itulah yg akan menjadi pengukuh cinta sesama manusia dengan berkah & izinNya… apapun sebelum mencintai seseorang, belajarlah mencintai Allah terlebih dahulu kerana janji Allah itu benar.. lelaki/perempuan yg baik untuk perempuan/lelaki yg baik..
Allah SWT telah berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud:
“Perempuan-perempuan yang keji untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia.” - Surah An-Nur: ayat 26
So sesiapa yang nak mencari cinta sejati, jawapannya ada dalam hati anda!
P/S: Posting kali ni Islamik skit.. hari ni kan Maal Hijrah (Awal Muharram) 1431 Hijrah so hijrah la ke jalan yg lebih benar dalam hidup anda.. huhu ![]()
Popularity: 79% [?]
2 Responses to “cinta sejati kerana Allah”
Leave a Reply
YoU TOOk mY hEArt AwAy~MLTR










Terharu nyeeerrr..
Kena jadi baek pasni.. sungguh!! huhu
abg ed… ;p