Sejak jadi single lebih 8 tahun yg lalu, berkenalan & berkawan dengan perempuan ni bukan la suatu benda yg mudah bagi aku.. especially dengan mereka yg pernah aku suka.. hehe
Tapi kena ingat, suka & sayang sebagai kawan tak sama tau dengan suka & cinta kepada kekasih atau isteri..

Tu pasal aku baik paling banyak aku buat baik kt pompuan ni adalah lebih kurang 20%.. so klu ada yg rasa aku ni baik, aku baru expose 20% je kebaikan aku tu.. hehehe.. tak boleh baik2 sgt dgn pompuan ni, nnt ramai lak yg jatuh cinta dgn aku nnt.. susah hidup aku nnt.. hehehe…

Aku start dengan kawan dulu ya.. :smile:
Nak mencari kawan memang mudah tetapi nak memilih kawan yang saling menghargai & sayang tu yg susah.. biasanya ia memerlukan masa & takdir (destiny) yg menentukan sejauh mana sesuatu perhubungan tu boleh pergi.. nak mengenali hati budi seorang kawan ni bukan boleh sehari-dua kerana ia mengambil masa dengan pelbagai perkara yg berlaku dalam perhubungan tersebut.. biasanya mereka yg berkawan lama memerlukan elemen2 seperti (1) persamaan/keserasian, (2) chemistry dan (3) tahap baik/nakal kedua-dua org kawan tersebut…

Persamaan ataupun keserasian merupakan benda basic dlm perhubungan sebagai kawan.. kalau kita ni suka melepak tapi kawan kita jenis tak keluar rumah, tentunya perhubungan tu tak lama.. sama gak kalau kita jenis yg open berterus terang & selamba je tapi kawan kita jenis hidden-self & byk cover2, mesti la bosan kan.. aku suka berkawan dengan beberapa org ni yg aku rasa serasi dengan aku sebab sikap terus terang dieorg.. contohnya amoi seorg ni yg tiba2 send sms kat aku; busy ke hari ni? ada datang cari i hari ni ke.? :-) errr, hari tu aku mana ade cari dia?  tapi aku faham la maksudnya tu.. hehe.. so bila aku dapat sms ni aku boleh tersenyum sepanjang hari.. biasanya klu kebetulan lalu tempat keje dia & ada masa, aku cari la dia kejap.. tak kisah la sebab apa tapi kami tau sebagai kawan mesti la tak payah segan2 kan.. so dari situ perhubungan tu makin berkembang sebab masing2 pun flirt tapi ade limit gak la..

Kedua, chemistry! Kalau seseorg kawan tu tahu apa yg kita fikirkan ataupun kawan kita berfikir benda yg sama dengan kita walaupun kita tak bercakap pun perkara tu sebelum ni.. ia menandakan kita ada pertalian yg kuat dengan mereka.. aku pernah rasa camni dgn beberapa org & rasa dekat dengan dieorg.. :wink:

Ketiga tahap baik & nakal perangai kita & kawan kita tu.. hmm, terus terang aku katakan aku tak boleh berkwn dgn org terlalu baik atau terlalu nakal.. kalau yg sederhana tu memang aku senang berkawan.. klu alim sangat pun tak best sebab buat ni x boleh, buat tu x boleh.. haihhhh.. bosan!!!

Masuk bab kekasih lak.. huhu
Selain ketiga-tiga elemen diatas yg perlu ada dlm perhubungan sebagai kekasih, kepercayaan (trust) & hati mesti tulus.. untuk dapat trust dari kekasih, diri kita sendiri patut tunjukkan contoh yg baik.. kita nak pasangan yg boleh dipercayai tetapi diri kita sendiri? tapi trust kita kena selaras dengan hati.. kalau mulut dia kata percayakan kita tapi hati dia masih berbelah bagi so macam mana? sama gak bila kita mengharapkan hati dia untuk kita seorang tetapi hati kita untuk orang lain pula! ada seseorg pernah tanya kat aku siapa yg ada dalam hati aku sekarang? sebab aku tak nak melukakan dia, aku bagitau hati aku ada pada siapa yang letak aku teratas dalam hatinya (dalam bab kekasih).. aku tak nak seseorg yg masih berbelah-bagi ataupun sekadar jadi ‘player’ sebab aku bukan jenis yang macam tu.. kalau aku dah letak komitmen kat seseorg, aku akan pastikan hati aku untuk dia je.. sebab aku sangat menghargai hati & hanya nak beri pada yg berhak sahaja maka aku berkeputusan untuk berkawan je buat masa ni & pada masa yg sama menilai setiap org yg berpotensi jadi kekasih aku nanti.. huhu

Masuk bab jodoh..
Selain elemen sebagai kawan & kekasih, tapi kalau dia dah melepasi 2 tahap diatas maka ia akan lebih mudah kerana dah saling mengenali hati budi masing2.. apapun aku memegang prinsip kalau kita berkahwin dengan dia maka kita juga perlu perlu berkahwin dengan family dia secara tak langsung.. berbuat la baik pada ibubapa & adik-beradik dia serupa macam kita melayani ibubapa & adik-beradik sendiri.. sebab aku sendiri ada pengalaman pahit dengan ipar & mentua adik aku, insyaAllah aku takkan jadi orang yg zalim pada isteri sampai menjarakkan hubungan silaturahim dgn keluarga mentua selepas kahwin..

Macam aku pernah cite pasal cinta, aku rasa masa percintaan yg paling afdal ialah selepas berkahwin.. aku nak sangat cinta yg semakin lama semakin bertambah rasa cinta aku kat dia.. kalau setakat harapkan cantik, ia akan pudar ditelan masa & mungkin rasa bosan akan terbit dalam diri.. so keikhlasan & ketulusan hati antara pasangan tu yg membolehkan sesuatu perhubungan tu kekal lama dengan izin-Nya.. selain tu, kualiti diri pasangan yg positif seperti sikap ingin memperbaiki diri, konsisten, tolak-ansur, trust & lain-lain lagi yg positif adalah satu bonus yg membantu mengukuhkan lagi perhubungan tersebut. Oleh yg demikian, setiap kali lepas solat aku berdoa semoga Allah SWT mengurniakan jodoh yg terbaik untuk aku dan sekiranya masanya dekat atau jauh lagi, aku redha je..

Beberapa org terdekat aku menasihatkan aku supaya mencari isteri yg dapat jadi penenang hati aku ni & dapat memahami situasi aku.. bila difikirkan secara mendalam, ada kebenaran pada kata2 mereka.. sebab aku nak berjaya & dengan banyaknya halangan sebelum nak capai cita2 aku, tentunya aku perlukan sokongan especially ketika melalui saat2 sukar.. so aku tak nak ambil risiko dengan masalah rumahtangga lagi..

So far aku masih tiada keyakinan dengan kawan perempuan yg berpotensi setakat ni.. banyak perkara yg perlu aku ambil kira.. biarlah org nak kata apa pun aku tak kisah sebab aku sendiri yg menentukan kebahagiaan aku tu nnt.. :twisted:

tapi kan ada org kata yg bakal jodoh aku tu sebenarnya dekat je dengan aku.. wondering? hehehe :mrgreen:

Popularity: 83% [?]

3 Responses to “Antara kawan, kekasih & jodoh”

  1. marissa said on December 5th, 2009 at 1:32 am:

    cinta lepas kahwin yg paling baik kan abg ed ;p

  2. ajak said on December 6th, 2009 at 10:58 pm:

    congrats buka branch kt n9 next month….
    sonyap2 ek.. he he he

  3. aidanie said on April 20th, 2010 at 9:03 pm:

    jodoh..its hard to say..sometimes we’re playing by the fate…

Leave a Reply


YoU TOOk mY hEArt AwAy~MLTR