My Dearie Blog
Ada seseorang (perempuan) yg aku tak kenal bertanya dengan aku..
Berdasarkan posting2 dlm blog aku ni; Ada ke lelaki yang macam aku ni wujud?
So perlu ke aku buktikan apa2 kat dia?
Aku bagitau dia yg blog ni sebenarnya private & personal (Eddy’s Personal Blog on Business, Life, Love, etc…) untuk aku, org2 terdekat & kawan2 aku so sama ada dia percaya dgn kandungan blog ni atau tak, aku peduli apa kan… yg penting mereka yg betul2 mengenali aku je tau kebenarannya.. tu pasal aku setup blog ni kat server company aku berbanding guna free blog service cam blogspot, wordpress, netlog dan ntah apa2 lagi la.. sebab aku tak nak open blog ni for public. Klu ikutkan hati aku ni, aku setkan je readers kena register ada username & password, pastu aku filter users baru boleh baca blog aku ni.. hehe
Utk pengetahuan semua, aku setup blog ni pada birthday aku dlm 2 tahun lepas.. tersuratnya sebagai motivasi aku & berkongsi dgn kawan2 rapat.. dan secara tersiratnya, aku buat blog ni untuk bakal soulmate aku supaya dia dapat mengenali aku dengan lebih mendalam lagi, tak kenal maka tak cinta kan? dan pada masa depan, aku nak anak2 aku baca blog aku ni supaya mereka tahu ayah mereka ni jenis lelaki yang macam masa muda2 dulu & jadi manusia yang lebih baik lagi.. aku dapat inspirasi buat blog ni pun dari mama aku yang tulis diari ketika dia mengandungkan aku dulu.. doa mama aku supaya aku berjaya mendapat segulung ijazah serta jadi org yg berguna dunia & akhirat memang buat aku terharu.. mama aku memang meletakkan harapan yg tinggi kt aku lebih2 lagi aku ni satu2nya anak lelaki.. insyaAllah aku takkan kecewakan mama aku tu nanti…
So to My Dearie Blog, I love you soooo much bcoz U always been there for me.. u’re consistent so far.. wakakaka.. ![]()
Popularity: 100% [?]
One Response to “My Dearie Blog”
Leave a Reply
YoU TOOk mY hEArt AwAy~MLTR










I Love this blog toooo.. ngehehe