Hampir semua org tahu psl kualiti..
Bila sebut kualiti, byk yg melihat dari segi barangan je..
Lazimnya barangan yg berkualiti tinggi, harganya lebih mahal kerana proses pembuatannya lebih berhati2 & memenuhi standard yg tinggi untuk daya tahan yg lebih lama..
Bagaimana pula dengan kualiti diri seseorg individu pula? Especially kualiti diri sendiri & bakal jodoh bagi yg belum berkahwin je tau.. hehehe :mrgreen:

Aku masih ingat pensyarah aku En Hafiz Shokur bagitau;
‘hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini’

Teori Kaizen ini datang dari Jepun yg bermaksud Penambahbaikan  secara berterusan.. tak kisah la dari mana datangnya tapi yg penting ialah ‘the moment’.. iaitu saat aku menghayati maksud yg dia cuba sampaikan.. masa tu aku berdua dalam bilik dia & kami bukan berbicara pasal study atau benda2 lain tapi pasal jodoh! Kelakar kan student boleh discuss pasal jodoh ni dengan pensyarah.. iya la masa tu dia bujang lagi & masih status ‘In Relationship’ tapi biasanya dalam perhubungan tu mesti la ada krisis, klu x mana nk tau hati budi masing2 kan? :oops:

Masa aku study dulu, aku memang baik dgn pensyarah2 tak kira lelaki ke perempuan.. Klu ade apa2 masalah psl study, aku rajin jumpa dieorg & kadang2 borak pasal benda lain pun ada.. tapi tak la selalu sgt.. bagi chance kt student lain tapi klu aku nak jumpa mesti x payah buat appointment.. kira aku ni tahap VIP gak la.. hehehe

Ok sambung balik discussion aku dgn En Hafiz ni, dia pun bercerita pasal hubungan dia dgn gf dia tu kat aku & dia pun plan nak kahwin tak lama lagi.. tapi dia risau dengan diri dia yg belum bersedia dari kualiti diri untuk jadi pemimpin yg lebih baik untuk keluarga.. memang la klu dh kahwin semua tu boleh belajar secara perlahan2 tapi realitinya ia tak semudah yg disangkakan.. sebab lelaki ni tanggungjawabnya berat, semua perilaku & tindakannya bakal menentukan kebahagiaan rumahtangga tu.. kalau sebelum kahwin tak boleh handle sesuatu masalah dgn baik, bagaimana pula selepas kahwin kan? :roll:

Dia pun ada cerita tentang kadangkala susah nak mengubah sikap yg kurang baik kepada sikap yg lebih baik.. Aku tak nak la cerita secara details masalah dia tu cuma aku ambik point2 yg penting & bagi contoh lain je.. biasanya manusia ni banyak kekurangan & dari kekurangan tu kita belajar mengenali diri & cuba untuk memperbaikinya.. dari situ terjadi proses penambahbaikan secara berterusan bagi mereka yg tahu sedar diri & cuba berubah untuk diri sendiri & org yg tersayang.. macam aku pernah share kt blog ni, cinta je tak cukup untuk sesuatu perhubungan tu kekal lama.. mesti kena ada asas yg kukuh.. so macam kes En Hafiz ni, ketika tu dia cuba untuk belajar memperbaiki diri & proses tu bukannya setakat sehari-dua, ia perlu memakan masa & konsisten.. tu pasal terkeluar ‘hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini’ sebab kita perlu berfikiran positif & berusaha untuk jadi individu yg lebih baik dari semalam & berharap esok kita akan cuba jadi lebih baik dari hari ni.. :smile:

Setiap orang ada kelebihan & kekurangannya.. yang lebih tu kita mantapkan lagi & yg kurang tu kita perbaiki la.. dari benda basic tu pun boleh dianggap proses untuk meningkatkan kualiti diri.. aku cuba bagi contoh yg simple, kita selalunya nak kualiti yg baik pada pasangan kita macam jujur, setia, konsisten, kuat dari godaan, beriman & apa2 lagi la sifat kualiti yg kita nak pada bakal pasangan kita tapi berapa ramai yg muhasabah diri utk menilai diri sendiri terlebih dahulu?  Ada 2 jenis orang dalam dunia ni… (1) Orang kebanyakan selalu nak ciri2 kualiti yg baik mesti ada kat bakal pasangan tapi diri sendiri tak cermin betul2.. contoh lelaki/perempuan yg nak pasangan yg soleh/solehah tapi diri sendiri entah apa2 dgn harapan bakal pasangan boleh ubah dirinya nanti.. tu pasal banyak kes hangat2 tahi ayam sebab perubahan & kesedaran tu bukan datang dari sendiri.. tu pasal niat berubah tu hilang ditelan masa nnt apabila timbul konflik atau masalah pada masa depan.. klu ada kes yg betul berubah disebabkan pasangan, tu pun 1 dlm 1000 la kot.. jenis kedua (2) Orang terpilih yang selalu melihat dirinya banyak kekurangan & cuba memperbaiki dirinya kerana kesedaran dirinya sendiri.. tiada org yg terus2 je lahir mempunyai kualiti diri yg baik.. semuanya menerusi pemerhatian & pengalaman.. so sebelum dia nak bakal pasangan yg terbaik untuk dia, dia sendiri berusaha memperbaiki dirinya untuk jadi lebih baik utk pasangan dia tu.. so itulah ciri2 yg aku nampak pada pensyarah aku En Hafiz Sukor ni.. sekarang ni bila dia dah kahwin, aku tengok dia & isteri betul2 bahagia.. alhamdulillah..

Klu ditahap aku hari ni, memang aku akui tahap expectation lebih meningkat lagi setelah melalui pemerhatian, perkongsian & pengalaman.. jgn lak salah faham sebab aku letak expectation tinggi kat diri sendiri, bukan kt bakal pasangan aku.. tapi minimum standard kena ada la.. jangan la sampai benda2 basic pun aku kena bagitau.. bagi aku la kan, insyaAllah aku nak jadi suami yg isteri tambah sayang lepas betul2 mengenali aku & aku pun nak tambah2 sangat sayang kat dia lepas mengenalinya.. so nak buat camna klu nak sampai tahap camtu? Aku nak jadi bakal suami yg terbaik untuk dia sebelum dia nak jadi terbaik untuk aku.. huhuhu…

Popularity: 79% [?]

7 Responses to “Kualiti”

  1. marissa said on November 11th, 2009 at 10:47 am:

    -Read-
    hihihi

  2. helmi said on November 11th, 2009 at 2:16 pm:

    Askum member lama,
    bape thn tak jumpa kau ni maintain serupa tu je
    jumpa di OU dengan Mindy tu awek kau ke??

  3. ajak said on November 11th, 2009 at 6:59 pm:

    Aku tambah sikit lagii “Kualiti Diri” yang patut ada pada oranng2 gentlemen cam kita.. he he he

    Ketulusan
    Ketulusan di tempat pertama sebagai sifat yang paling disukai oleh semua orang. Ketulusan membuat orang lain merasa aman dan dihargai kerana yakin tidak akan dibodohi atau dibohongi. Orang yang tulus selalu mengatakan kebenaran, tidak suka mengada-ada, pura-pura, mencari-cari alasan atau memutar-belitkan fakta. Prinsipnya “Ya di atas Ya dan Tidak diatas Tidak”. Tentu akan lebih ideal bila ketulusan yang selembut merpati itu diimbangi dengan kecerdikan seekor ular. Dengan begitu, ketulusan tidak menjadi keluguan yang boleh merugikan diri sendiri.

    Kerendahan Hati
    Berbeza dengan rendah diri yang merupakan kelemahan, kerendah hati justru mengungkapkan kekuatan. Hanya orang yang kuat jiwanya yang mampu bersikap rendah hati. Ia seperti padi yang semakin berisi semakin menunduk. Orang yang rendah hati mampu mengakui dan menghargai keunggulan orang lain. Dia mampu membuat orang yang di atasnya merasa selesa dan membuat orang yang di bawahnya tidak merasa dipinggir.

    Murah Hati
    Kemurahan hati sudah menjadi ‘barang antik’ dan sangat tinggi harganya. Zaman sekarang sungguh susah mencari orang yang murah hati yang bersedia menolong orang-orang di sekitarnya dengan tulus tidak memikirkan keuntungan peribadi atas bantuan yang diberikan Tidak diragukan lagi, orang yang murah hati akan dicintai dan memiliki banyak sahabat.

    Positive Thinking
    Orang yang bersikap positif (positive thinking) selalu berusaha melihat segala sesuatu dari kacamata positif, bahkan dalam situasi yang buruk sekalipun. Dia lebih suka membicarakan kebaikan daripada keburukan orang lain, lebih suka bicara mengenai harapan daripada keputusasaan, lebih suka mencari penyelesaian daripada kekecewaan, lebih suka memuji daripada mengecam, dan sebagainya.

    Keceriaan
    Kerana tidak semua orang dikurniakan wajah ceria, maka keceriaan tidak harus diertikan ekspresi wajah dan tubuh tapi sikap hati. Orang yang ceria adalah orang yang mampu menikmati hidup, tidak suka mengeluh dan selalu berusaha meraih kegembiraan. Dia mampu mentertawakan situasi orang lain, juga dirinya sendiri. Dia punya potensi untuk menghibur dan mendorong semangat orang lain.

    Bertanggungjawab
    Orang yang bertanggungjawab akan melaksanakan kewajipannya dengan sungguh-sungguh. Kalau melakukan kesalahan, dia berani mengakuinya. Ketika mengalami kegagalan, dia tidak akan mencari kambing hitam untuk disalahkan. Bahkan kalau dia merasa kecewa dan sakit hati, dia tidak akan menyalahkan siapapun. Dia menyedari bahawa dirinya sendirilah yang bertanggungjawab atas apapun yang dialami dan dirasakannya.

    Kebesaran Jiwa
    Kebesaran jiwa dapat dilihat dari kemampuan seseorang memaafkan orang lain. Orang yang berjiwa besar tidak membiarkan dirinya dikuasai oleh rasa benci dan permusuhan. Ketika menghadapi masa-masa sukar dia tetap tegar, tidak membiarkan dirinya hanyut dalam kesedihan dan keputusasaan.

    Empati
    Empati adalah sifat yang sangat mengagumkan. Orang yang berempati bukan saja pendengar yang baik tapi juga mampu menempatkan diri pada posisi orang lain.Ketika terjadi konflik dia selalu mencari jalan keluar terbaik bagi kedua belah pihak, tidak suka memaksakan pendapat dan kehendaknya sendiri. Dia selalu berusaha memahami dan mengerti orang lain.

  4. Eddy said on November 12th, 2009 at 12:08 am:

    Wkumslm helmi..ohyake maintain? hehe. Mindy? kawan2 je la.. dia keje beauty consultant.. 1st time seumur hidup dia buat facial kt aku kelmarin.. tu pun sebab kena paksa dgn dia…rasa feminin la skrg..wakakaka :mrgreen:

    Ajak, iya ya la tu.. :razz:

  5. NiNa said on November 12th, 2009 at 10:52 pm:

    Nak Love yang ada kualiti~ ngehehe

  6. marissa said on November 13th, 2009 at 12:49 pm:

    Sis Nina suke flirt cam abg ed ye ;p

  7. daniel said on November 19th, 2009 at 2:03 pm:

    bro, rindu sama lo! bila mau lepak lagi??
    Jom ikut balik Aussie next month!!! Lol

Leave a Reply


YoU TOOk mY hEArt AwAy~MLTR