hati tulus
Semua orang ada hati..
Buruk-baik seseorg itu datang dari hatinya…
Kalau dia menjaga hatinya, insyaAllah ketenangan yang dapat dicapai..
Tak kisah la sama ada menjaga hati pada Allah, sesama manusia & makhluk2 yg lain..
Apapun aku tak nak menyentuh ketulusan seseorg individu dengan Allah secara details, kerana yg berhak menilai ketulusan individu itu hanyalah Allah SWT.. disini aku cuma ingin membicarakan tentang ketulusan org2 disekitar kita yg mungkin kita tak sedar kerana buta hati ataupun hati kita gelap kerana kejahilan kita sendiri..
Sebelum aku explore dgn lebih dalam, berapa ramai yang tahu maksud tulus? apa bezanya dgn ikhlas? kenapa orang selalu sebut ‘tulus & ikhlas’ dan bukan ‘ikhlas & tulus’? Ini kerana tulus lebih tinggi tahapnya dari ikhlas.. bagi aku, Tulus bermaksud kita melakukan sesuatu dengan sukarela tanpa paksaan.. ia datang dari hati yang murni & berteraskan komitmen kepada yg Hak.. Ketulusan yg tertinggi ialah sebagai hamba Allah, kita perlu menunaikan komitmen kita tanpa sebarang paksaan kerana kita tahu Allah menuntut semua hamba menyembah-Nya dan kita tak boleh sesekali mengabaikan suruhan-Nya.. Dia dah bagi apa yg kita ada hari ni tapi kita selalu berkira2 & tak bersyukur dgn kurniaan-Nya yang mungkin bila2 masa Dia boleh tarik.. Contoh simple bagi ketulusan pada Allah ini ialah seseorg yg sembahyang dengan hati yg tulus kerana hatinya.. inisiatif sendiri.. bukannya kerana sembahyang yang diingatkan oleh orang lain.. kalau dia sembahyang kerana ada org yang mengingatkan, dia mungkin sembahyang dengan ikhlas tapi hatinya tidak tulus kerana ada orang yang mengingatkannya.. sama gak macam kita bersedekah, kita memberi sedekah kerana hati kita itulah tulus, kalau kita diminta memberi sedekah oleh orang, kita memberinya dgn ikhlas tapi itu tidak tulus.. kerana orang yang meminta, baru kita memberi.. so faham tak? hehe
Bagaimana dengan mencintai seseorg dgn hati yg tulus? Bila kita bersama seseorg, kita boleh kata kita memang ikhlas dengan dia tapi adakah kita tulus mencintainya? Kita mungkin ikhlas nak bersama dengan dia tapi adakah hati kita tulus untuk dia? Berapa orang yg dapat menerima kenyataan apabila tahu hati pasangannya pada org lain sedangkan dia tahu pasangannya sangat ikhlas untuk bersamanya.. keikhlasan mungkin ada tapi tidak tulus.. sebelum kita nak orang mencintai kita dengan tulus, berusahalah jadi pencinta yg tulus terlebih dahulu & paling penting dengan org yg betul.. tu pasal aku memilih untuk jadi single sejak 8 tahun lalu kerana aku sendiri sedang belajar untuk jadi pencinta yg tulus & hanya nak berikan pada yang berhak nnt.. bila sampai masanya InsyaAllah aku akan berikan yg terbaik tau..
Bagaimana dengan kesan kepada mereka yg memiliki ketulusan hati? Apabila kita berusaha memperbaiki diri untuk mempunyai hati yg tulus.. secara langsung hati kita akan jadi lebih tenang & mudah disayangi.. secara x langsung pula, kita akan dapat memberi kebahagiaan kepada org2 sekitar kita seperti harapan dan pintu kehidupan yg lebih bermakna kepada mereka yang menerima perbuatan tulus tersebut.. rasa tulus ini tak boleh diungkapkan dengan kata2 tetapi ia boleh dirasa dengan hati.. hanya mereka terbuka hatinya dapat merasai ketulusan hati ini tau..
Jadi bagaimana nak mempunyai hati yang tulus? Org kata hati yg tulus datang dari hati yg suci.. Bagi aku, hati yang tulus ni datang dari hati kita sendiri kerana kita sendiri yg membuat pilihan sama ada kita nak memelihara hati kita dengan benda2 baik atau buruk.. Pilihan ditangan kita.. Kalau kita nak hati yg tulus dengan Allah, perbaikilah amalan kita.. janganlah sembahyang & berdoa ketika kita susah je, ingatlah Dia disaat kita susah & senang.. Kalau kita nak cinta yg tulus, berusaha la diri jadi pencinta yg tulus & kuat dari godaan.. Kalau kita nak jadi anak/abang/kakak/adik/kawan yg tulus hatinya, jadilah individu yang lebih baik.. Malah dengan org yg tak suka/dengki dengan kita pun kita perlu tulus dengan dieorg, anggaplah dieorg jahil klu tak faham niat baik kita… jgn la berdendam atau simpan dalam hati kerana ia boleh merosakkan hati
Finally, sebagai tambahan utk memiliki hati yg tulus, sentiasa la berdoa utk org lain tak kira la ibubapa, adik-beradik, family, kawan2, teman2 & semua org yg baik dgn kita ataupun tidak.. insyaAllah hati kita akan lebih tenang, hidup lebih berkat & rezeki lebih murah lagi kerana Allah SWT akan lebih mudah memakbulkan doa2 kita & Dia sayang kepada hamba-Nya yg berdoa untuk org lain.. Apabila kita mengamalkan ini semua, insyaAllah tahap ketulusan hati kita akan bertambah baik dari semasa ke semasa malah siapa tahu kita boleh bawa perubahan yg positif kepada org2 sekitar kita nnt kan… ![]()
Popularity: 78% [?]
One Response to “hati tulus”
Leave a Reply
YoU TOOk mY hEArt AwAy~MLTR










berat kpla otak den baco posting2 ekau kebelakangan nih..
mencabar intelek eden yo
nogoghi titik kelate 3-1.. pueh hati den!hu!hu!