Semlm aku keluar dgn Nina, selepas 8 bulan x jumpa.. hehe
Tu pun lambat skit sebab aku gi hantar Makcik Asmah, Masriah & adiknya Johari kt KLIA..
Sepatutnya aku gi concert Beyonce dgn Ms Nina ni tapi dh concert tu postponed kan.. kira die takde rezeki la sebab dia nk sgt tgk.. tapi sebab aku dh janji nk kluar dgn dia, so kami lepak je kt Sunway Piramid mlm semlm..

Bila dah hang-out sama2.. byk benda yg kami cerita dr pelbagai topik sampai yg hot2 nyer.. tapi soalan yg paling best yg dia tanya aku, apa itu cinta? soalan yg begitu simple tapi aku kena jawab dgn begitu intelektual sekali.. cewah! haha.. rasanya ramai yg rasa mereka sedang bercinta tapi tak faham pun apa maksudnya ataupun kalau dah couple & saling I LoVe U, tu kira cinta la bg dieorg.. bagi aku tu semua cinta tahap beginner je.. sebab cinta ni bukan sekadar suka sama suka, ambil berat antara satu sama lain, saling feeling, habiskan masa bersama2, meletakkan harapan & perasaan.. tu pasal byk kes break-up, frust ataupun sampai ada cerai-berai bagi yg dh berkahwin sebab x de asas perhubungan yg kukuh.. :twisted:

Aku pun bagi contoh simple macam kita buat rumah la.. kalau tiang kita byk & besar2 pasti rumah kita kukuh kan? Lepas tu nak dapat rumah yg cantik kena la guna material yg baik.. dr jenis batu-bata hingga jenis jubin.. cinta ni macam cat rumah, ia mula2 cat mungkin cantik tapi setelah kena hujan & panas, mungkin akan luntur & pudar mengikut masa… tapi tidak pada tiang & struktur rumah tu.. sebab ia akan kekal lama.. kalau kita korban masa & tenaga nak dapat bina rumah yg baik macam set-up struktur & tiang rumah konkrit, pasti ia akan kukuh berbanding buat rumah dgn tiang kayu.. kalau kita dh letak byk usaha nk buat rumah tu, mesti kita sayang nk lepas kan? Tu pasal kita kena cat semula rumah tu bila catnya dh mula pudar.. so kena la usaha kedua2 pihak.. klu seorg, tak jadi apa pun.. :smile:

So cinta yg sebenar bukan setakat hati & perasaan ataupun sekadar kata2 sebab ia takkan kekal lama..klu kekal pun sampai berkahwin, rumahtangga tu mesti panas je.. Contoh terdekat cam kwn pompuan aku yg cinta bagai nak rak sampai nak mati kalau tak bagi kahwin tapi bila dah kahwin, semua cinta tu hilang camtu selepas kenal hati-budi suaminya.. sebelum kahwin pijak semut pun tak mati lepas kahwin baru nampak belang.. huhu

Konsep cinta mungkin berbeza bagi sesetengah org tapi practicality (concerned with actual use rather than theoretical possibilities) yang membezakan ketulusan & keikhlasan cinta tersebut.. Melihat pengalaman kak & kwn2 pompuan aku malah berkongsi cerita mereka yg mempunyai masalah rumahtangga membuatkan aku lebih berhati2 dalam memilih jodoh yg terbaik.. tu pasal kalau ada org yg argue dgn aku pasal cinta ni, mmg aku tembak balik kaw2 nyer..

Selain cinta tahap beginner yg aku bgtau tadi, (1) cinta yg baik memerlukan komitmen kedua2 pihak.. sikap toleransi, tolak-ansur, kepercayaan, keikhlasan, komunikasi & konsisten dalam perhubungan insyaAllah sesebuah perhubungan tu boleh berkekalan dgn izin-Nya.. tetapi (2) cinta yg lebih baik adalah cinta yg boleh memotivasikan seseorg menjadi insan yg lebih baik kepada pasangan, family & org2 disekitarnya.. dengan cinta yg lebih baik ini bukan paksaan ataupun permintaan pasangan tetapi diri individu itu sendiri yang ingin jadi lebih baik kerana kesedaran dirinya yg sangat menghargai perhubungan malah ingin beri yg terbaik kerana hidup ni singkat.. tak ramai yg bercinta boleh berfikiran camni ataupun mampu memperolehi cinta yang lebih baik ini kerana tekanan hidup, kekangan kewangan ataupun terpaksa menghadapi masalah2 hidup & rumahtangga hingga hilang rasa nak beri yg terbaik pada cinta yg mereka miliki.. last sekali, (3) cinta yg paling baik ialah cinta yg membolehkan cinta kepada pasangan membantu mengukuhkan cinta kedua2 pasangan tersebut kepada Allah SWT.. dengan kombinasi ketiga-tiga (1) cinta yg baik, (2) lebih baik & (3) paling baik ni insyaAllah pasangan tu akan jadi contoh & pasangan yg bahagia dunia & akhirat.. :smile:

Ramai org yg aku jumpa komen yg aku letak expectation yg tinggi terhadap bakal pasangan sampai skrg aku masih single lagi.. adakah aku peduli? tentu tidak kerana yang nak bercinta & berkahwin ini ialah aku.. so biarlah aku sendiri yg tentukan kebahagiaan aku.. kalau aku rasa aku tak boleh berikan cinta yg konsisten kepada seseorg perempuan tu, mmg aku x akan beri apa2 harapan ataupun setkan x lebih dari kawan yg special.. lagi 1, aku x la expect bakal pasangan aku terus2 jd yg terbaik utk aku.. asalkan dia ada niat & usaha nak memperbaiki diri tu dah cukup baik.. sebab aku sendiri pun dlm proses memperbaiki diri supaya menjadi insan yg lebih baik.. insyaAllah.. :cool:

Kepada Nina, thanks tau sebab tanya soalan yg nampak mudah tetapi aku kena jawab dgn panjang lebar lagi.. minta izin nak share dgn kwn2 lain kat sini ya :wink:

Jadi kepada mereka yg rasa sedang bercinta, dimana tahap anda sekarang? hehehe :mrgreen:

Popularity: 83% [?]

4 Responses to “Apa itu cinta?”

  1. marissa said on October 29th, 2009 at 10:53 pm:

    bukan cinta biasa .. satu-satunya ;p

  2. NiNa said on November 7th, 2009 at 1:55 pm:

    Ur spontaneous had touched my heart d~d~d

  3. Eddy’s Personal Blog on Business, Life, Love, etc… » Blog Archive » Antara kawan, kekasih & jodoh said on November 25th, 2009 at 6:56 pm:

    […] aku pernah cite pasal cinta, aku rasa masa percintaan yg paling afdal ialah selepas berkahwin.. aku nak sangat cinta yg semakin […]

  4. Eddy’s Personal Blog on Business, Life, Love, etc… » Blog Archive » Maafkan aku…… said on July 10th, 2010 at 2:45 am:

    […] cukup kuat especially kalau jumpa org yg kita suka? aku kena lebih realistik & rasional sebab suka je tak cukup bagi aku.. hakikatnya aku memberi ruang kepada diri aku & mereka2 itu.. jujurnya bukan mudah untuk aku […]

Leave a Reply


YoU TOOk mY hEArt AwAy~MLTR