Dah lama aku x gerak jauh dgn adik aku..
Masing2 sibuk dgn keje, klu hari cuti / weekends pun balik kampung jenguk mama ataupun kluar dgn kwn2.. So destinasi kami yg first ialah gi Butterworth, Penang.. rumah makcik Asmah iaitu kira mak angkat 2 adik aku & mak angkat x rasmi aku gak.. hehehe.. :mrgreen:

Makcik Asmah merupakan jiran kami di Kuala Pilah lama dahulu.. kenal dia pun lebih dari 15 tahun.. dia merupakan seorg ibu tunggal & menanggung perbelanjaan anaknya melalui kerjanya sebagai ahli refleksologi & 2 dr 3 anaknya pun dh berjaya masuk U hasil usaha & didikannya.. kira Iron Lady la ni.. rasanya 3-4 tahun lepas dia bersama 3 anaknya (2 anak perempuan & seorg lelaki) berpindah ke Butterworth tapi aku sendiri dah lama tak jumpa personally dgn dia.. lebih kurang 6 tahun.. kira dulu adik2 aku menumpang kasih dgn dia sebelum mak aku balik tinggal bersama di Kuala Pilah.. apapun aku tak plan nak ziarah dieorg sebelum ni cuma apabila anak bongsu mak cik asmah (muliati) hantar sms selamat hari raya, baru aku dapat contact balik dieorg.. iya dulu aku tinggalkan Kuala Pilah tahun 2002 sebab nk continue study pastu fokus je kt study then bila hp aku hilang masa dip, byk yg lost contact dgn aku.. pastu aku tak plan pun nak jumpa mak cik asmah ni dalam masa terdekat sebab aku pun mmg busy tapi gerak hati aku suruh aku gi juga melawat dieorg.. rupanya ada hikmah kenapa aku perlu gi sana.. pada mulanya aku sangka makcik asmah ni mesti dah senang sebab 2 dr 3 anak dia pun dh abis degree & dh bekerja tapi hati makcik asmah ni sedih atas beberapa perkara yg berlaku dlm family dia.. apapun aku tak nak cerita psl masalah family mak cik asmah ni tapi kehadiran semula aku dlm family dieorg membw perubahan yg positif secara tak langsung kt dieorg.. Setelah dieorg discuss anak-beranak, InsyaAllah, family makcik asmah ni akan berhijrah ke KL mungkin awal tahun depan disebabkan aku ada dah ada kat sini.. anak sulung dia (Masriah) yg keje Engineering Officer (EO) di TUDM Butterworth berpangkat Captain akan memohon transfer ke TUDM Subang.. anak lelaki kedua makcik (Johari) yg keje Engineer kt salah sebuah kilang Jepun kt sana pun dh lama bercita2 nak duk KL pun dh amik keputusan nk pindah KL sebab nk tingkatkn taraf hidup family dia.. yg bongsu lak Muliati kenalah ikut sebab dieorg anak-beranak ni mmg tak boleh berenggang.. mmg eratlah kasih-sayang family makcik Asmah ni.. :smile:

Selain gi rumah Makcik Asmah & bermlm kt sana, aku gi rumah mak angkat arwah ayah merangkap nenek angkat aku kat Kampung Seberang Terus, Mergong, Alor Setar, Kedah.. dah hampir 18 tahun aku x gi sana sejak aku tinggal kt sana masa darjah 5.. Nenek angkat aku ni dah berusia lebih 90 tahun tapi kini terbaring je sebab tak boleh bergerak sangat.. nak duduk pun kena org tolong.. skrg dia diuruskan oleh beberapa org anak nenek ni tapi aku kagum & terharu dgn salah seorg anak dia yg kami panggil Kak Tah sebab tak jemu2 menjaga mak dia hingga bersihkan mak dia 5 kali sehari! Tu psl masa kami menziarahi nenek tu, tgk nenek tu nampak fresh je.. sampai makcik Asmah yg ikut kami pun kata yg Kak Tah ni anak syurga sebab jaga mak dia yg uzur tu dgn penuh kasih-sayang & tanpa merasa jemu.. Nenek ni pulak tak boleh bercakap lagi sb suara dia pun tak kluar lg.. mmg tinggi tahap kesabaran kak tah ni dalam menjaga ibunya.. Pada mulanya nenek tu tak cam aku & adik aku lagi tapi lama-kelamaan dia boleh cam aku & adik aku tu.. sampai mengalir air mata dia.. suara dia pun dh ada kluar bunyi skit2 walaupun kurang jelas.. sedih lak aku tgk dia lebih2 lg masa kecik2 aku memang degil & malas mengaji, pastu asyik keluar main game 20sen ketika nenek tu sibuk mengajar mengaji Al-Quran kt budak2 kampung.. Nenek tu dulu dikenali sebagai antara org alim kt kampung tu & mmg penghafaz Al-Quran.. tetapi aku lak dikenali sebagai salah seorg budak nakal kt kg tu.. hehehe.. apapun aku tahu nenek tu mmg syg dgn aku sebab dia pun x pernah paksa aku malah mendoakan aku lagi supaya berubah.. tu pasal dgn izin-Nya aku boleh jd manusia skrg.. huhu

Selain tu, sebab aku gi dgn adik bongsu aku naik kete, mmg byk perkara yg kami discuss dari hati ke hati sepanjang perjalanan.. pasal bf-gf, keje & matlamat hidup.. nampak sgt kematangan adik paling kecik aku ni sebab style dia pun dh cam aku.. iya la dr dulu adik2 aku mmg rapat dgn aku.. Ke mana tumpah kuah, kalau tidak ke nasi ya tak..? :wink:

Bila fikir2 balik, aku rasa bersyukur kerana diberi kesempatan utk pergi menziarahi family mak & nenek angkat aku ketika aku mmg sangat busy bekerja.. disamping tu dpt luangkn quality time dgn adik sambil jln2 mkn angin.. walaupun aku ni selalu busy, insyaAllah aku akan tetap meluangkan masa dengan org2 tersayang yg dekat mahupun yg jauh.. besar tau fadilat ziarah-menziarahi ni especially ziarah org yg sakit & susah tau… cuba korang yg sakit ataupun susah pastu ada org datang ziarah, terharu & happy tak? :smile:

Popularity: 80% [?]

4 Responses to “Last Weekend at Penang & Kedah”

  1. NiNa said on October 22nd, 2009 at 8:45 am:

    Dont forget this weekend~ ngehehe >_<

  2. noriz said on October 22nd, 2009 at 12:18 pm:

    semoga diberkati…

    banyaknyeeee angkat…macam2 ada :)

  3. marissa said on October 23rd, 2009 at 10:17 pm:

    mama angkat…….
    papa angkat…..
    adik angkat….
    abang angkat…..
    kakak angkat..
    awek angkat takde meh??? hihi

  4. Eddy said on October 26th, 2009 at 10:52 pm:

    No comment to all comments above..hehe :mrgreen:

Leave a Reply


YoU TOOk mY hEArt AwAy~MLTR